Khamis, 2 Mei 2013

Persiapan Umrah Kami

Alhamdulillah diberi kesempatan menulis hari ni......mummy sekarang ni masih menghitung hari menunggu keberangkatan ke rumah Allah ... Insyallah 12 mei nanti mummy akan berangkat ke sana dengan izinNya. Mohon semua dipermudahkan oleh Nya.

mummy sedih jugak nak pergi sebab kena tinggalkan anak2 yang masih kecil miadani. Mula mula dulu bila dapat berita pemergian mummy ngan papa ke Tanah suci, mummy bagi tau mia, meraung hentak2 kaki kata dia tak kena tinggal, dia pergi jugak..... yang adani pulak, kecik lagi hanya ikut cakap kakak, tapi sekarang slowly dah mula faham, bila waktu azan kat tv, dia akan cakap,

'ha..nanti mummy nak pegi kaabah tu lah kan'- mia

' aah, mummy pegi ngan papa, mummy bawak kakak bila kakak ngan adik dah besar tinggi ni, (sambil tunjuk paras dada) - mummy

kakak tinggal ngan nenek kan - mia

hmmm dah faham dah, adani pun sama,

mummy nak pegi mekah kan- semalam duk cakap kat mummy
aah tapi bukan malam ni , nanti dani balik tidu umah yer..

itulah biasanya dua beradik tuh, bila malam jer, nak pegi umah nenek .

mummy pun takpelah , bagilah, nanti nenek jugak nak jaga masa mummy ngan papa ke Tanah suci...

ok berbalik pada tajuk kita tentang persiapan umrah ni kan, sebenarnya nak dekat2 ni baru kami sibuk melengkapkan barang2 yang perlu dibawa ke sana, sebelum ni hanya melengkap keperluan untuk visa, disebabkan pergi ni di bawah ofis mummy, maka pihak pengurusan ofis mummy yang siapkan semua visa, (mereka deal ngan agent ).

1. mummy hanya pergi ambil gambar untuk visa, latarbelakang putih ye

2.kena inject meningococcal , mummy wat kat klinik sebelah opis, adalah dalam rm100++ camtuh

3.kena fotostat surat nikah dan dapatkan cop di pejabat agama (ini disebabkan pada 9 april yang lalu kerajaan arab Saudi telah mengeluarkan syarat

"mana-mana wanita yang berumur 45 tahun ke bawah perlu membawa mahram masing2 "

hmm mungkin ada hikmah disebaliknya kerajaan arab Saudi berbuat demikian.

maka itulah perkara2 yang perlu untuk permohonan visa ye kawan2...

untuk persiapan pakaian dan barang2 tuh ikut kemampuan lah, bagi mummy , ini pengalaman berharga dan tak ternilai maka bagi mummy , at least beli lah satu set pakaian ihram untuk wanita yang merangkumi jubbah seluar, telekung mini, sarung tangan , stoking dan tutup muka. bukan apa, kalau nak raya kita boleh beli baju mahal2, ini nak pergi ke Rumah Allah, nak bertemu dengannya dengan lebih dekat, adalah lebih baik sediakan pakaian yang sempurna. mummy tak kata sempurna itu mahal , tidak yer, sempurna menurut yang sepatutnya.

selain itu, mummy juga akan bawa sahaja baju2 dari rumah, macam jubbah, seluar, telekung solat. mummy akan bawa, benda yang dah ada mummy bawa sahaja tak perlu beli.

cuma bab ubat ubatan belum beli lagi, banyak blog2 yang mummy baca, better bawa ubat dari msia, sbb kat sana mahal yer...jadi lebih senang beli dari sini..

ok yer kawan2..nanti mummy update lagi apa yang mummy siapkan utk kesana dan mungkin untuk pertama kali ini mummy nak wat travelog umrah mummy nih bagi memudahkan kawan2 berkunjung ki sana nanti, Insyallah Biiznillah....dengan IzinNya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam slamat menunaikn umrah..bg pglman sya ubt d sana lg murah dri d msia

 

supercutemummy....ME.... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting