Rabu, 29 Mei 2013

TRAVELOG UMRAH 3: Berangkat Pergi

asslamualaikum kembali menulis untuk tatapan anda, hari ini kira nya 12 mEI 2013, hari di mana mummy dan papa akan berangkat ke Mekah...

seperti yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan MSU, kami para jemaah MSU perlu berada di KLIA pada jam 12 tghari. Jadi malam sebelum tuh mummy dah bg tau kat atok minta hantar kami jam 10 pagi.

pagi 12hb tuh sempat lagi mummy kemas baju2 sikit mn yang last minute basuh..opss...hihi biasalah mummy sibuk..kannn.. kol 9 dah mandikan anak2 semua..we all pun dah mandi, papa dah mandi sunat ihram, disebabkan kami akan turun di airport Jeddah dan terus ke mekah, kami disarankan untuk terus berpakaian ihram, terutamanya lelaki lah,sbb kena pakai 2 keping kain tuala tuh kan, dan berniat di atas kapal terbang nanti... untuk perempuan , pakai lah apa2 saja pun asalkan menutup aurat.

mummy pilih untuk pakai jubah hitam hari itu. papa lak, takkan nak terus pakai 2 keping kain tuh kan, jadi apa yang papa buat, dia pakai kain ihram kat bawah siap ngan tali pinggang semua, pastu pakai seluar jubah dan jubah.. so nanti atas kapal terbang nak dekat tempat nak niat ihram, dia akan bukak jubah  serta seluarnya dan pakai sekeping lagi kain ihram utk badan. jadi, papa perlu simpan siap2 sekeping kain ihramnya di dalam bag yang di hand carry.

mummy lak, disebabkan dah tau mmg takleh nak berniat disebabkan BM (bendera merah) makan mummy pakai jubah biasa sahaja. kiranya mummy tak berihram ye msa tuh.
kami di malaysia



ok..kol 10 pagi...kami berangkat ke KLIA, kol 10.45 pagi camtuh kami sampai kat sana.. mmg takde sesapa lagi dari group jemaah mummy yang dah sampai.. jadi kami pg makan dulu..mmg lapar tapi bila makanan terhidang...haaaaaa tak lalu nak makan...disebabkan rasa neves tuh lebih dominan masa tuh...huhu...berkali2 dlm hati berkata..permudahkan lah urusan umrah ku Ya allah.....

adik ngan kakak mia masa tuh happy macam biasa, mia dah tau yang dia takleh ikut, tapi sbb nenenk ada dia tak sedih sangat, adik mmg tak tau pape, dia happy seolah2 macam dia akan ikut kami sama naik kapal terbang..itu yang dia selalu kata..

" adik ikut mummy gi ekah..naik apal terbang"

jam tangan mummy dah kol 12tghari...maka kami kerah yang lain untuk ke bhgn check in bag yang mana kami diarahkan berkumpul di situ.. sampai kat situ dah nampak, sahabat2 jemaah yang akan pergi bersama. semua bersama keluarga memasing...kami berkumpul di satu tempat di hadapan kawasan check in beg di mana ada ustaz yang mengiringi kami menyerahkan tagging beg dan name tag nama pada semua jemaah.. terus mummy pakai name tag tuh..dan beg diarahkan untuk check in..

lama jugak tunggu utk check in beg , sbb ramai juga jemaah2 dari agensi2 lain, kelihatan sekumpulan beg jemaah agensi andalusia..cantik beg mereka..biru kuning...sama semua...dari utas travel, dari felda dan lain2...

dalam masa menunggu itu, ambil masa sejam juga...adani dah ngantuk2 mummy duk tolak atas troley, semua jemaah diminta untuk solat jamak zuhur dan asar dulu sebelum naikkapal terbang... jam 2 pm camtu kami di arahlan utk boarding..

sebelum boarding, mummy salam dulu mama abah mummy, berderai air mata lah....mia tak nangis...adani nangis sbb nak susu...dia ngantuk sbb time dia tdo masa tuh...salam semua..mummy dan papa berlalu...sayu meninggalkan semua di Malaysia...dalam hati..

" andai ada rezeki, mummy akan bawa anak2 dan mama abah bersama............"

menaiki pesawat Saudi SV 831 dari KL ke Jeddah, begitu mummy excited sbb fes time naik pesawat selain MAS dan AIRASIA..hihi..jakun kan...teruja tgk kehebatan pesawat ini..sebelum nak boarding, papa siap beli power bank sbb senang nanti nak caj hp, rupanya klu tak beli pun takpe..sbb kat dalam pesawat saudi ni ada USB port ..maka boleh lah nak caj HP kan...

sebekum berlepas..sempat klik2 dulu...

skrin tv kat seat..siap ada USB ..tempat mummy charge HP kat situ..senang kan... 


pesawat berlepas jam 3.10pm waktu malaysia...baru sejam berada di udara..ok makan time...makan makan makan...sedap......dalam flight...ada yang tdo ada yang membaca..bagi mummy..mummy mmg susah sikit nak tdo,... maka mummy baca buku ..dan kalau puas baca. buka tv..tgk siaran islamik..dah puas islamik..mummy nak tgk movie...waaa mcm2 mivie ye..tapi tak sampai hati lak nk tgk movie best2 sangat kan cam hobbit lah, last stand lah, impposible lah....maka mummy tgk life of pie je...hihi..neves sebenarnya..8 jam masa penerbangan...aduhai..sakit gak pinggang2 nih....macam2 gaya duduk dah mummy nih..

muka 8 jam atas flight

papa yang dah berihram..masa ni dah melepasi tempat miqat...semua orh dah niat ihram

 

6.30pm.waktu jeddah ..pesawat touchdown tanah jeddah..mummy yang duduk di tepi tingkap..terpesona tgk airport nyer..hanya padang pasir....




turun dari pesawat...ke terminal..selesai urusan immigresen...selesai urusan luggage..kami keluar dari airport menuju ke bas...sesampai di pintu keluar, ada sekumpulan mamat negro nih yang berpakaian uniform putih..cakap .." pasport bagi sini...bagi sini\'

eh ...tak penah2 lak da orang mintak passport kan...semua kump jemaah kami dipaksa bagi passport dan semua mengikut sahaja kehendak mereka.... ustaz yang sepatutnya berada di depan...tertinggal ke belakang..dan passport dia pun diambil sekali...hmmm musykil nih..semua jemaah tertanya2...

setelah berbincang pasal kes passport tuh..kami diarahlan utk solat dulu di airport sementara ustaz dan mutawif yang sudah tunggu di situ menyelesaikan urusan passport. setelah selesai kami naik bas... dan TALBIAH BERMULA

LABAIKALLAHU MALABAIK.....

mummy ikut bertalbiah walaupun mummy tak menyertai umrah....tapi terasa hati ni sayu dgr talbiah tuh..sampai serak2 suara lak mummy ikut semua bertalbiah...

dari perjalanan gelap jam 8 malam bas bertolak dari airport jeddah.... memyusuri jalan2..sejam kemudian mula kelihatam lampu2 jalan....kesibukan jalan mula terasa...dah nak sampai masjidilharam...makin  sayu rasa hati..mata ni melilau cari anda ternampak kelibat lampu lampu masjid... bangunan yang pertama di cam adalah menara zam zam...maka masjid dah nak dekat....


bas mula perlahan menyusuri jalan2 sempit..bas berhenti betul2 belakang hotel ..kami turun.jam 10.30 mlm jeddah .dibawa ke lobby hotel hilton..kami dibeitahu hotel hiltan ini betul2 depan masjid..disebabkan kami masuk dari belakang makan kami masih tak nampak masjidilharam..berdegup2 jantung msa tuh.. semua keletihan tapi mata masih segar bugar sbb semua dah berniat ihram dah lepas nih nak buat umrah...kami diberi kunci bilik..diarahkan meletakkan beg di bilik dan diminta untuk turun semula berkumpul di lobby untuk mutawiff membawa jemmah masuk masjidilharam untuk berumrah.

sesampai di lobby hotel jam 10.45pm
sesi penyerahan kunci bilik hotel




menunggu kunci bilik

 
sebenarnya dari dalam bas lagi...mummy berdoa disebabkan mummy BM mummy berdoa mummy nak bilik nampak masjid....dan masa masuk bilik tuh le[as letak beg mummy terus cr tingkap..tingkap memula yang mummy buka..Ya Allah ...nampak masjid....huhu..bertakung air mata lagu..





kelihatn masjidilharam di situ


subhanallah


Papa terus bersiap2 nk turun ke masjid...mummy pesan kat papa sebelum turun..minta doakan mummy dapat buat umrah segera yang mungkin....



selamat berumrah B...doakan ayu



dengan harapan itu... papa mengiyakan... kemudian...mummy terus amik kerus dan duduk tepi tingkap yang mn boleh nampak masjid tadi..walaupun hanya nampak sebahagian masjid..cukup bagi mummy menangisi ketidak kesempatan mummy berumrah pada masa itu... terus tangan ini menadah memohon pada Yg Maha Kuasa untuk memberi kesempatan diri ini menjejakkan kaki ke rumah Mu itu..... Ya Allah...teresak2 meminta padaNya..

mummy duduk di situ sambil melihat masjid


tak sabar juga hati ini menunggu papa balik.....macam2 dalam fikiran ni nak tanya...

sesampai papa ke bilik hotel..soalan pertama..

"B doa utk ayu tak?
'Doa...

Ok tak tadi?

papa jawab ..alhamdulillah semuanya best...

waaaa mummy cam nak nangis lagi.......bertakung lagi air mata

kami berkongsi cerita sampai tertido....

set alarm nak bangun subuh kol 3.30pagi...

habis cerita hari pertama..................di TANAH SUCI MEKAH

0 comments:

 

supercutemummy....ME.... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting