Sabtu, 27 Mac 2010

Pity Mia...

Lama mummy tak update blog nih adalah dalam seminggu kot...sebabnya mia tak sehat....begini ceritanya..lepas hari mummy balik dari pesta buku minggu lepas tuh, hari ahad tuh..badan mia panas gak..mummy check suhu dah naik 39 celcius...malam tuh..mummy masukkan ubat sub n jelung kepala mia ngan air, takut2 gak klu kena sawan lak..pastu dalam mummy duk dodoikan mia tuh, mummy terperasan ada macam benjolan kecik kat jari telunjuk mia...dalam hati mummy suspect HFMD atau chicken pox, mengikut dari all the symptoms la..maybe dua penyakit tu jer..then mummy cakap kat papa, papa suggest bawa jumpa doktor esoknya.

hari isnin tuh mummy gi kerja macam biasa, almaklumh kelas dah start..tengahari tuh dapat call dari nenek mia, yang mengatakan dah banyak biji2 merah naik kat kaki ngan tangan dier..badan takde..SAH mummy kata dalam hati jer ar..HFMD...then mummy mintak half day hari tuh...sebab nak bawak mia g klinik . before that mummy inform papa lu, then papa pun balik awal gak.

sampai umah, mummy check memang makin banyak biji2 merah tuh..badan mia panas jugak...so we all ke klinik...then doktor memang sahkan yang ia HFMD....aduhai....sian mia...doktor kata lebih kurang ada 10 ulser dalam tekak dier...bayangkan klu kiter pun satu ulser dlm mulut pun susah nak makan, inikan 10..huhuhu..pity mia....

doktor sarankan mia diberi, semua minuman atau makanan yang sejuk2....aiskrim, air sejuk, even susu dier pun kene sejuk..supaya mia tak rasa sakit sebab ulser tuh banyak dalam tekak dier....

doktor bagi mc secara bergilir2 untuk papa ngan mummy untuk jaga mia..pity mia

sepanjang lebih kurang seminggu selepas mia dapat penyakit tuh, kini mia mulai pulih..tapi still ada bekas parut biji2 merah tuh, cam bekas chicken pox lah, akan hilang tapi lambat...mia dah boleh makan macam dulu,. minum susu suam, dan makan apa saja...maybe ulser dah takde...

yang jadi masalah dan ketakutan bagi para ibu bapa nih adalah bile penyakit HFMD nih terjadi pada kanak2..akan menyebabkan ulser dalam tekak kanak2 tersebut, dan akan menyebabkan kanak2 tidak mahu makan atau minum..walaupun susu mereka pun mereka taknak minum..then jika ia berlanjutan sehingga berminggu tidak minum dan makan, ia boleh membawa maut..

HFMD atau penyakit kuku,kaki, tangan dan mulut nih disebabkan oleh virus coxackie yang boleh berlaku apabila keadaan sekitar kanak2 tersebut tidak bersih, ia tersebar melalui air liur pesakit yang menghidapi penyakit ini dan juga barang2 yang tidak bersih yang menjadi perantara antara kanak2.

dalam kes mia nih..mummy n papa syak mia berjangkit ngan anak jiran sebelah rumah yang mempunyai simptom yang sama, tapi keluarganya kata ia hanya ruam disebabkan alergi susu....tak logik betul lah ....sebab mengikut dari apa yang mummy tahu dari fakta sains dan dengan apa yang mummy tuntun ilmu dulu2 masa kat U, takkan rashes disebabkan intolerance lactose leh ada rashes besau2 kat kaki jer....hmmm tak logik2...

0 comments:

 

supercutemummy....ME.... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting